ULAS BUKU : AHLI ALKIMIA (THE ALCHEMIST @ O ALQUIMISTA)

Dalam ruangan ini Gedung Minda Botak (GMB) akan mengulas beberapa buku yang telah GMB baca sendiri dan akan datang GMB akan berkongsikan juga ulasan-ulasan buku dari sahabat handai GMB sebagai rujukan peminat buku.

Untuk buku pertama yang GMB pilih adalah buku Ahli Alkimia tulisan Paulo Coelho yang diterjemahkan oleh saudara Hasri Hasan dan diterbitkan oleh The Biblio Press.  Akhir-akhir ini The Biblio Press dalam usaha untuk menterjemahkan karya-karya antarabangsa yang bermutu ke dalam Bahasa Melayu khusus untuk golongan ulat buku di Malaysia.

Tahniah The Biblio Press yang dinaungi oleh saudara Kiridaren Jayakumar!  Berikut adalah maklumat berkenaan buku Ahli Alkimia untuk rujukan para pembaca :

 

O ALQUIMISTA
By Paulo Coelho
Copyrights 1988 by Paulo Coelho
Edisi ini diterbitkan dengan kerjasama dengan Sant Jordi Asociados, Barcelona, SPAIN
Semua hak cipta terpelihara
www.paulocoelho.com

AHLI ALKIMIA
Diterjemahkan oleh Hasri Hasan
Hak Cipta versi Bahasa Melayu di Malaysia
Konten 21 Publishing SSM 201803057825 (002790167-P)

Diterbitkan dengan Kerjasama dan imprint oleh :
The Biblio Press
G-22, Menara Mutiara Majestic,
15, Jalan Othman, 46000 Petaling Jaya, Selangor
ISBN : 978-967-18976-1-4
Cetakan Pertama 2021

Buku Ahli Alkimia ditulis asalnya dalam bahasa Portugis  oleh penulis Brazil Paulo Coelho (O Alquimista ) dan ianya diterbitkan pada tahun 1988.  Sebuah buku paling terkenal dan terlaris dan antara buku yang diterjemahkan ke dalam banyak bahasa.

Buku ini dicadangkan oleh sahabat baik GMB yang berkongsi minat membaca yang sama.  Amat memeranjatkan kerana karya ini adalah antara buku yang GMB baca tanpa mampu untuk berhenti!  Buku ini sarat dengan mesej yang tersirat, mendebarkan dan membuat pembaca tidak sabar untuk menyelak helaian seterusnya kerana pengisiannya yang padat dan tidak membosankan.

Kisah Santiago yang mencari harta karun dan perjalanan yang dilalui amat memberi impak kepada pembaca secara tanpa disedari.  Novel ini mampu menjadi motivasi atau inspirasi kepada pembaca dan membuatkan pembaca tersenyum sendiri atau termenung seketika setelah selesai membaca pada helaian terakhir.

Ini bukanlah novel meleret yang tiada faedah atau sekadar novel mimpi indah yang biasanya kita baca.  Tetapi novel ini menceritakan tentang keajaiban, perjalanan yang sebenarnya tiada istilah membuang masa atau tiada faedah dan tentang kesungguhan Santiago dalam memenuhi impiannya.

GMB amat terkesan dan kadangkala membayangkan kisah Santiago dalam menelusuri kehidupan GMB sendiri serta AHLI ALKIMIA berjaya menyuntik semangat ke dalam diri GMB yang menganggap tiada perjalanan atau usaha yang sia-sia.

Tiada kata secantik bahasa yang mampu GMB gambarkan betapa perlunya anda membaca dan memiliki buku ini.  GMB berjaya habiskan 248 mukasurat buku ini dalam satu malam sahaja!  Jika anda berminat untuk mendapatkan buku ini boleh melayari atau menghubungi pautan di bawah :

Webpage : www.bibliobuku.com
Facebook : facebook.com/bibliobuku
Whatsapp : wasap.my/60149470499

Be the first to comment on "ULAS BUKU : AHLI ALKIMIA (THE ALCHEMIST @ O ALQUIMISTA)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares