Sedarlah Wahai Pemimpin Kami!

Ahli parlimen dilantik oleh rakyat. Memegang amanah disebabkan majoriti rakyat kawasan beliau memilih beliau. Ada yang menang atas kapasiti parti & ada juga yang dipilih kerana kredibiliti serta kebolehan pemimpin itu sendiri.

Wahai sekalian pemimpin yang dipilih atau terpilih. Saat kamu berjaya memegang amanah ini maknanya kamu memikul tanggungjawab hak rakyat di bawah pimpinan kamu yang bakal disoal oleh Allah nanti.

Parti kamu, Presiden kamu, Majlis Tertinggi kamu, rakan taulan kamu, malah isteri kamu sendiri tidak mampu membantu kamu di Padang Masyhar nanti jika kamu tidak amanah dengan kuasa yang kamu kejarkan ini.

Jangan takut dengan ugutan mereka yang laparkan kuasa kerana mereka mungkin masih tidak sedar betapa beratnya amanah yang dipikul dalam situasi sekarang. Mungkin kamu dipanggil pengkhianat & takut kehilangan kuasa, tapi jika kamu takutkan Allah & ikhlas dalam membantu rakyat pimpinan kamu maka teruskanlah usaha kamu membantu kami rakyat yang sedang sengsara ini.

Abaikan mereka yang melalak & cuba merosakkan usaha ikhlas kamu kerana Allah Maha Mengetahui apa yang kamu sedang usahakan.

Wahai pemimpin yang tidak terpilih berada dalam kerajaan pusat/kabinet/menteri. Kamu masih memikul amanah yang rakyat kawasan kamu serahkan. Kamu berusaha untuk memikul bebanan ini tanpa dipaksa rakyat. Malah kamu yang berusaha keras untuk rakyat memilih kamu. Kenapa suara rakyat kamu abaikan kini sedangkan sebelum kami memilih kamu suara kamu menabur janji kami terpaksa dengari setiap hari sebelum ini?

Parti kamu tak mampu menuntut apa-apa di hari timbangan nanti, tapi rakyat mampu menyebabkan kamu tercampak ke api neraka kerana menafikan hak kami.

Sistem demokrasi kini sudah jelas celanya kerana ianya ciptaan manusia. Jangan takut kehilangan kuasa di dunia. Takutlah hanya kepada Allah. Jika sedikit masa nanti kamu kehilangan kuasa di dunia sedangkan kamu benar-benar amanah, yakinilah Allah tidak mungkiri janjiNya tentang syurga.

Kami sebagai rakyat kini tidak lagi melihat parti sebagai paksi kerana yang keramat terbukti hilang keramatnya, yang soleh tergugat imannya & yang adil goyah pertimbangannya. Bangkitlah melihat rakyat, bersatulah membantu rakyat, bermuafakatlah demi rakyat, berbaiklah untuk kepentingan rakyat & berdamailah demi keharmonian rakyat. Ini masanya kita bersama-sama & bekerjalah seikhlasnya kerana kami melihat jelas kelebihan & kelemahan pemimpin kami saat kami sedang lemas.

Marilah sama-sama doakan pemimpin-pemimpin kita mendapat hidayah & bantuan dari Allah. Doa rakyat mampu menyedarkan pemimpin kita.

#doarakyatuntukpemimpin

Be the first to comment on "Sedarlah Wahai Pemimpin Kami!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares