Antara Bakul Makanan & Bakul Hutang

Ini pendapat & pengamatan saya secara peribadi.

Orang yang susah sekarang ni adalah orang yang hilang pekerjaan atau gajinya ditolak. Apa yang menyusahkan hati mereka bukan pasal makanan tapi lebih kepada komitmen yang telah mereka buat. Kita rata-rata dibelengu komitmen yang terpaksa kita buat contohnya bil elektrik, bil air, bil astro, bil Internet, bil telefon, hutang rumah, sewa rumah, hutang bank & lain-lain.

Ini yang jarang orang nak terus terang kerana malu & takut dipersalahkan kenapa mereka membuat komitmen-komitmen ini sebelum ini. Bayangkan anda ditanya kenapa bil ni banyak sangat & kenapa tak pernah bayar, dah setahun tertunggak? Sedarkah anda ada orang sudah menanggung susah ini dari bulan 3 tahun 2020?

Doa agar hati tenang

Mereka masih mampu makan, isi minyak kereta, beli barangan sekolah anak-anak dari saki baki gaji mereka yang telah dipotong atau dari sedikit bantuan dari kerajaan serta menangguhkan komitmen tertentu untuk memenuhi keutamaan perbelanjaan.

 

Kalau ditanya mereka ini lebih rela memendam perasaan resah dari teruk dicemuh atau dipersalahkan. Mereka pernah membuat komitmen ini kerana satu ketika dulu mereka mampu & tidak menjangka akan menanggung kesusahan setara ini. Jika niat anda betul-betul membantu atau anda ada rakan atau saudara terdekat cuba tanyakan hal ini. Anda akan jumpa ramai di antara mereka yang sebenarnya menitis air mata seorang diri menanggung kesusahan ini.

Sumber Astro Awani 18 Jun 2021

Bakul makanan atau food bank hanya sebahagian dari kesusahan dalam komuniti kita. Sedangkan beban hutang adalah bakul beban yang ditanggung teruk serta menjadi pembunuh sebenar jiwa-jiwa yang sedang lemah ketika ini. Jika niat anda membantu usah ditanya mengapa, kenapa & bagaimana? Nasib kita pun belum tentu lagi. Nilai wang dah hampir tiada ketika ini. Cuba kaji berapa ramai golongan M40 yang tergelincir ke kategori B40, mereka sebenarnya amat-amat susah ketika ini cuma mereka masih tinggal di dalam rumah batu berhawa dingin tapi di dalamnya penuh keresahan.

 

Lihat, amati, perhalusi, rasai, selami & bantu kerana Allah. Rahsiakan kebaikan kita untuk kebahagiaan di Akhirat.

Be the first to comment on "Antara Bakul Makanan & Bakul Hutang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares