Dua Anak Muda Berjasa Di Bandar Baru Bangi!

Pada petang ini cuaca hujan lebat telah mengakibatkan beberapa lampu isyarat sekitar Bandar Baru Bangi (BBB) tidak berfungsi.  Seperti sedia maklum, BBB adalah bandar yang sibuk di waktu pagi dan petang.  Mengambil kira musim persekolahan (sekolah rendah) yang telah bermula serta ramai penduduk telah mula bekerja di pejabat/tempat kerja masing-masing, jalan raya sekitar BBB sudah mulai sibuk dan sesak.

Sumber FB Page Bandar Baru Bangi Community

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gedung Minda Botak (GMB) sendiri bersesak di jalan raya pada petang ini dengan urusan mengambil isteri pulang bekerja dan mengambil anak selesai waktu persekolahan.  Hujan lebat dan kerosakan beberapa lampu isyarat di sekitar BBB menambah lagi kesesakan jalan raya.  Setibanya di persimpangan lampu isyarat Seksyen 3 BBB, terlihat dua orang pemuda yang secara sukarela mengawal lalulintas di persimpangan yang sesak akibat lampu isyarat yang tidak berfungsi.

Sumber FB Bandar Baru Bangi Community

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

GMB sendiri secara sepontan mengucapkan rasa syukur kepada Allah dan mendoakan dipermudahkan urusan 2 orang pemuda ini kerana bertindak mengawal lalulintas di persimpangan tersebut dalam keadaan hujan.  Ramai juga netizen mengucapkan ribuan terima kasih dan mendoakan yang terbaik buat 2 pemuda tersebut melalui komentar di page Facebook Bandar Baru Bangi Community.  Tetapi tidak ketinggalan juga netizen yang menimbulkan persoalan tentang keselamatan serta pelanggaran undang-undang oleh 2 pemuda tersebut.  Tidak kurang juga terdapat netizen yang ingin menzahirkan tanda terima kasih dengan menawarkan makan percuma selama seminggu untuk 2 orang pemuda ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apapun bagi GMB yang terbaik adalah kita mendoakan kebaikan berganda untuk 2 orang pemuda (berseragam kilang Sony) ini yang menunjukkan akhlak terpuji serta memudahkan urusan ramai orang di sekitar BBB.  Undang-undang ciptaan manusia juga mampu bertoleransi dengan akhlak terpuji anda berdua!

1 Comment on "Dua Anak Muda Berjasa Di Bandar Baru Bangi!"

  1. Ada contact no adik² ni?

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares