Selamat Hari OKU Sedunia!

Hari ini 3 Disember adalah Hari OKU Sedunia. Istilah OKU membawa maksud Orang Kelainan Upaya atau sebelum ini disebut Orang Kurang Upaya. Perkataan “Kurang” digantikan dengan “Kelainan” mungkin diubah bagi menjaga sensitiviti komuniti OKU.

Bagi saya yang dilahirkan dengan anggota fizikal yang kurang tidak banyak kesukaran kerana hanya terjejas sedikit di bahagian kaki.

Ada sedikit masalah apabila usia meningkat di bahagian tapak kaki, pinggang dan tulang pinggul tetapi tidak mendatangkan isu besar untuk meneruskan aktiviti harian.

Pernah menjalani pemeriksaan secara terperinci di HUKM dan mendapati saya mengalami sedikit masalah saraf yang memerlukan pemeriksaan lebih lanjut. Tetapi saya tidak meneruskannya kerana lebih selesa tidak mengetahuinya serta merasakan tubuh saya tiada masalah yang kritikal.

Pada usia 27 tahun baru saya mendaftar sebagai OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), itupun atas desakan rakan sekuliah ku semasa menyambung pengajian secara separuh masa di UPM dulu. Kebetulan rakan sekuliah ku itu adalah kakitangan JKM yang mengatakan banyak bantuan disediakan oleh kerajaan untuk komuniti seperti ku.

Ada kelebihan atas kekurangan golongan kami ini yang dikurniakan tuhan. Bagi saya tiada kekurangannya atas setiap ciptaan Tuhan termasuk golongan seperti kami ini.

Jika ada kelapangan saya akan kongsikan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk golongan OKU seperti kami. Ramai yang mula sedar akan kemudahan-kemudahan ini disebabkan medium komunikasi zaman ini sangat berkuasa. Semuanya di hujung jari!

Untuk rakan-rakan yang digelar OKU, jangan rasa kekurangan atau kelainan. Sesungguhnya aturan dan ciptaan Tuhan sebenarnya sangat sempurna, cuma kita adalah istimewa!

Selamat Hari OKU!

Be the first to comment on "Selamat Hari OKU Sedunia!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares