8 Hikmah Hatim Al-Asham daripada Gurunya Syaqiq Al- Balqhi

Kisah di antara Hatim Al-Asham (Tokoh Tasauf terkenal) dengan gurunya yang bertanya tentang apa yang Hatim perolehi sepanjang 33 tahun berguru dengannya. Maka dihuraikan 8 perkara tersebut oleh Hatim Al-Asham :

  1. Setiap makhluk yang ada di dunia ini pasti terdapat sesuatu yang dikasihi. Namun kebanyakan mereka mengasihi sesuatu yang hanya menemani mereka ketika sakit atau hingga ke kubur tetapi tidak bersamanya hingga di dalam kubur.
  2. Sememangnya manusia ini dilihat sering melakukan sesuatu semata-mata ingin memenuhi kehendak nafsu sahaja walau dengan apa cara sekalipun.
  3. Manusia tidak pernah jemu daripada bercita-cita untuk mengumpulkan harta benda sebanyaknya di dunia ini dan kemudian mereka menahan daripada menginfakkannya ke jalan Allah.
  4. Aku mempelajari sesungguhnya sebahagian kita menyangka bahawa kemuliaan dan keagungan itu adalah dilihat dari aspek ramainya orang dan pengikutnya.
  5. Ramai manusia saling memaki dan menghina serta mengumpat. Ini semua berpunca daripada sifat hasad pada memiliki harta, kedudukan atau ilmu.
  6. Aku melihat sesungguhnya manusia ini sering kali bermusuhan di antara mereka kerana satu tujuan atau satu sebab, hakikatnya musuh sebenar bagi manusia ialah syaitan.
  7. Manusia bersungguh-sungguh mencari rezeki sehingga ada yang sanggup memperolehi rezeki dengan cara syubhah & haram walaupun sehingga mengorbankan maruah dan nama.
  8. Aku mempelajari setiap orang memiliki sesuatu yang menjadi pegangan hidup, sebahagian kita menjadikan kekayaan serta kuasa sebagai pegangan hidup. Sedangkan kita hanya perlu berpegang (tawakal) teguh hanya kepada Allah.

Jika kita amati 8 huraian oleh Hatim Al-Asham kepada gurunya maka boleh kita jadikan sebagai peringatan kepada diri kita bahawa hidup di dunia ini hanya sebagai persinggahan buat mengumpul amalan. Moga kita semua dijauhi dari mengumpul beban dosa yang menjerumus kita ke neraka. Na’uzubillahiminzalik.

Be the first to comment on "8 Hikmah Hatim Al-Asham daripada Gurunya Syaqiq Al- Balqhi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares