Bantu salah tak bantu pun salah.

Di zaman pemerintahan sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W kita melihat terdapat sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W berlumba-lumba membelanjakan hartanya di jalan Allah. Wang serta bantuan dari Baitulmal zaman khalifah juga disalurkan segera tanpa melalui birokrasi berjela kepada masyarakat yang memerlukan.

Jika dilihat kisah Saidina Umar Al-Khattab sering keluar di waktu malam untuk melihat-lihat rakyatnya. Ada kisah di mana Saidina Umar Al-Khattab terjumpa seorang wanita yang sedang memasak batu di dalam periuk dan anak-anak wanita itu sedang menangis. Lalu Saidina Umar Al-Khattab menegur wanita itu serta bertanya kenapa beliau memasak batu? Wanita itu menjawab supaya anak-anaknya fikir yang beliau sedang memasak dan apabila letih menangis mereka akan tertidur.

Apabila Saidina Umar melihat keadaan itu maka Saidina Umar segera ke Baitulmal bersama pembantunya mendapatkan barang keperluan dan Saidina Umar sendiri menggendong barang keperluan tersebut kembali ke tempat perkhemahan wanita itu tadi. Setibanya di situ Saidina Umar sendiri memasak dan menyuapkan makanan ke mulut anak-anak wanita itu.

Sumber : FB

Kita tidak melihat kerenah birokrasi di situ oleh sebab pemimpin sendiri yang turun melihat rakyatnya dalam kesusahan. Mungkin di zaman itu tidak perlu borang pengesahan serta kelulusan dari pelbagai peringkat. Tetapi birokrasi itu tiada apabila pemegang amanah atau pemimpin itu sendiri menjalankan amanah serta takutkan Allah.

Di zaman serba moden dan canggih ini tidak seharusnya terlalu banyak karenah birokrasi dalam sudut kebajikan rakyat. Kepimpinan dalam setiap organisasi tidak kira di peringkat Majlis Perwakilan Pelajar sesebuah institusi pengajian, kepimpinan dalam organisasi mahupun kepimpinan dalam kerajaan perlu lebih peka dan prihatin ke atas amanah yang disandarkan.

Syukur kerana masih ramai lagi hartawan di Malaysia yang sanggup membelanjakan harta untuk kebajikan orang lain. Terkadang mereka ini hanya bertindak untuk membantu tanpa mengetahui prosedur atau kepentingan birokrasi dalam penyaluran bantuan.

Sumber : FB

Oleh yang demikian kepimpinan harus bekerjasama dengan hartawan seperti ini untuk sama-sama menyalurkan bantuan kepada golongan sasar. Peka dan prihatin adalah sikap yang perlu ada pada setiap pemimpin. Jika anda sanggup memegang amanah, maka anda seharusnya sanggup memikul bebannya.

Tetapi lumrah manusia tidak akan lari dari membuat kesilapan, cuma kita perlu memperbaiki kelemahan kita dari kesilapan yang pernah kita lakukan. Mungkin terdapat pelajaran serta implikasi besar yang terpaksa kita tempuh di sepanjang kepimpinan kita, tetapi ianya bukan titik noktah untuk kita terus berbakti kepada sesebuah komuniti atau masyarakat.

Jangan mengalah dan terus belajar soal kepimpinan serta amanah. InshaAllah, anda mungkin menjadi pemimpin hebat suatu hari nanti. Cuma jangan ulangi kesilapan yang sama, pelajari kemahiran komunikasi dan bijak mengurus kesulitan dalam sistem ciptaan manusia.

Be the first to comment on "Bantu salah tak bantu pun salah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares