PKPB Versi Kedua – Bersediakah Kita?

Hari ini 1 Oktober 2020 Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah telah membentangkan laporan perkembangan kes Covid19 terkini pada sidang akhbar jam 5.30 petang. Status perkembangan terkini wabak Covid19 berkaitan kes jangkitan baru adalah sebanyak 260 kes, iaitu kedua tertinggi sejak Februari 2020.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Kita lihat banyak ciapan atau komen-komen di media sosial menganggarkan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Ada kalangan netizen yang menginginkan PKPD dilaksanakan semula dan ada yang tidak setuju. Tidak kurang juga netizen yang menyalahkan ahli politik yang tidak henti-henti berpolitik sehingga terpaksa melakukan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di mana ianya antara salah satu pemangkin penyebaran wabak Covid19 ini.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru sahaja berakhir 9 Jun 2020 yang lalu iaitu lebih kurang 113 hari dan ekonomi Malaysia baru dalam proses restart (mula semula). Kesan dari perlaksanaan PKP yang lalu juga belum lagi pulih, kadar pengangguran meningkat, rakyat kehilangan pekerjaan, perniagaan terpaksa gulung tikar, anak-anak ketinggalan pelajaran, peningkatan kes penceraian, masalah tekanan emosi dan berbagai lagi.

Bagi pekerja sektor kerajaan mungkin kesannya kurang dirasai, tetapi bagi mereka yang bekerja di sektor swasta dan bekerja sendiri (peniaga) bakal menanggung keperitan yang lebih selepas ini. Ada di antara kita masih tercari-cari sumber pendapatan bagi menampung keperluan hidup, ada yang baru memulakan perniagaan pacak, ada yang terlantar sakit akibat tekanan hidup dan yang lebih parah ada yang telah meninggalkan kita disebabkan wabak ini.

Apa yang penting sebenarnya kerjasama semua rakyat Malaysia mematuhi SOP dan menyedari yang kita masih belum menang. Marilah sama-sama kita berdoa serta mengamalkan tagline #kitajagakita. Kepada pemimpin dan ahli politik tolonglah hentikan politik anda. Nyawa rakyat lebih penting kerana tanpa rakyat maka tiadalah kuasa dan pangkat kamu.

Sumber : Google

Esok hari Jumaat penghulu segala hari bagi umat Islam. Gedung Minda Botak menyeru agar semua masjid mengadakan Solat Hajat bagi memohon kehadrat Allah agar dihapuskan Wabak Covid19 ini secara mutlak di seluruh dunia. Bagi sahabat-sahabat beragama lain juga boleh berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.

Esok kita laksanakan #Malaysiaberdoahapuscovid19.

Be the first to comment on "PKPB Versi Kedua – Bersediakah Kita?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares