24 KARAKTOR UNTUK JADI PEMIMPIN HEBAT

Setiap daripada kita adalah pemimpin di atas muka bumi ini.  Diciptakan manusia sebagai Khalifah di muka bumi adalah sebagai penguasa bumi yang wajib melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh dalam diri, keluarga, masyarakat, ikhtiar dan usaha malah di seluruh pelusuk bumi. Kita adalah pemimpin bagi diri kita sendiri, pemimpin untuk sebuah keluarga, pemimpin dalam sebuah organisasi dan mungkin pemimpin dalam sebuah negara.

 

Oleh yang demikian, pemimpin mesti mempunyai karakter-karakter yang hebat seperti yang berikut :

 

  1. Bijaksana – Sabda Rasulullah : “Manusia yang paling bijaksana ialah mereka yang paling banyak mengingati mati, banyak amalannya sebagai persediaan dan persiapan untuk menghadap kematian. Mereka itulah orang yang benar-benar bijaksana dan ke Alam Baqa bersama kemuliaan dunia dan akhirat”.  Hadis riwayat Ibnu Majah.

 

  1. Sedia Berkhidmat – Sabda Rasulullah “Pemimpin adalah khadam bagi kaumnya”. Hadis riwayat Abu Naim.

 

  1. Cintakan Ilmu Pengetahuan – Menurut Hamka “Ada ilmu dan harta akan jadi orang mulia, ada ilmu tetapi tidak berharta akan jadi hamba orang dan kalau tiada kedua-duanya akan jadi binatang”.

 

  1. Tegas – Ketegasan amat penting untuk memastikan pengikut berdisiplin dan hormat kepada pemimpin.

 

  1. Sikap Optimis – Aristotle Onassis telah bergelar jutawan kerana beliau melihat peluang dalam kegawatan, sementara orang lain melihat halangan dalam kegawatan.

 

  1. Bersederhana – Islam sendiri menganjurkan Wasatiah iaitu kesederhanaan. Rasulullah sendiri hidup bersederhana, tidur hanya beralaskan tikar walaupun baginda adalah pemimpin Madinah ketika itu. David Packard pengasas syarikat Hewlett Packard adalah pemimpin korporat yang mengamalkan kehidupan sederhana serta melaburkan kekayaannya kepada yayasan amal.

Sumber : Google

  1. Cinta dengan apa yang dilakukan – Steven Paul Jobs adalah pengasas syarikat Apple pada 1976 dan pernah dipecat pada 1985 selepas memperkenalkan Macintosh. Beliau meneruskan minatnya dalam bidang digital dengan memulakan perniagaan NeXT dan Pixar.  Pada 1997 NeXT telah dibeli oleh Apple dan Steven Paul Jobs kembali menjadi CEO di AppleNeXT adalah teknologi teras kejayaan Apple.

 

  1. Adil kepada semua pihak – Umar Al-Khattab adalah sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah. Walau bagaimanapun Umar Al-Khattab risau kerana akan dipersoal di akhirat kelak jika ada rakyatnya yang tidak dapat pembelaannya serta kelak akan dituntut di akhirat di hadapan Allah.  Betapa beratnya amanah sebagai seorang pemimpin untuk berlaku adil meskipun beliau dijamin syurga namun tetap resah jika di sepanjang kepimpinannya beliau ada berlaku tidak adil kepada rakyatnya.

 

  1. Berani – Nelson Mandela berkata “Saya belajar bahawa keberanian bukanlah tidak ada rasa takut, tetapi kemenangan diatasnya. Orang berani tidak berasa takut, tapi dia yang mengalahkan rasa takut”.

 

  1. Mempunyai Prinsip – Imam Ahmad Hanbal pernah dipukul dan dipenjara kerana tidak bersetuju dengan fahaman Mu’tazillah yang mengatakan Al-Quran itu makhluk. Sebaliknya Imam Ahmad Hanbal berpendapat Al-Quran itu kata-kata Allah SWT dan beliau pernah berkata “Jika orang alim diam kerana takut dan orang bodoh tidak mahu tahu, bilakah kebenaran akan muncul?”. Disebabkan orang alim terdahulu mempunyai prinsip serta berpegang teguh kepada ajaran Nabi Muhammad maka Islam terus mekar hingga ke hari ini.

Sumber : Google

  1. Berinovasi – Ibnu Sina penulis buku perubatan yang amat popular di Eropah iaitu Al-Qanun Fit Tibb adalah doktor pertama menemui bahawa penyakit paru-paru adalah penyakit berjangkit. Ramai cendiakawan Islam muncul mulai abad ke-18 disebabkan mereka sentiasa berfikir di luar kotak dan berani melakukan inovasi.

 

  1. Kreatif – Menurut Wycoff “To know what you do not know, you must go where you have not gone, see what you have not seen, do what you have not done and be what you have not been”.

 

  1. Peribadi Mulia – Kisah perempuan Yahudi buta yang sering mencemuh Rasulullah tetapi setiap hari Rasulullah menghantar serta menyuap makanan kepada si buta itu sehinggalah suatu hari Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulullah setelah baginda Wafat barulah di sedari bahawa yang selama ini menyuapi beliau adalah Rasulullah orang yang sentiasa dihina.

 

  1. Sedia menerima teguran – Satu sikap yang kini sukar ditemui di kalangan pemimpin masa kini sedangkan sikap ini tidak menjatuhkan kredibiliti seseorang pemimpin, malah pemimpin itu disegani dan dihormati.

 

  1. Memberi maaf – Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sedekah tidak akan mengurangi harta dan kerana suka memberi maaf, Allah SWT akan menambah kemuliaan seseorang. Seseorang yang merendahkan diri kepadaNya akan ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT”. (HR Muslim).

 

  1. Sabar – Perkataan “Sabar” telah disebut sebanyak 104 kali di dalam Al-Quran antaranya ialah : “Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka. Sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya” (Surah Al-Mu’minun:11).

Sumber : Google

  1. Muhasabah Diri – Sabda Rasulullah “Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematiannya. Sementara itu, orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT dengan angan-angan (yang banyak)” – HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah.

 

  1. Miliki Visi – Visi adalah matlamat akhir satu perjuangan atau pekerjaan. Kejayaan sesuatu Visi bergantung kepada cara seseorang melihat masa depan.  Peter Drucker berkata” Cara terbaik untuk meramal masa depan adalah dengan menciptanya”.

 

  1. Sanggup ambil risiko – Robert Kennedy berkata “Hanya mereka yang berani gagal dapat mengecapi kejayaan yang hebat”.

 

  1. Jangan takut membuat kesilapan dan mengakui kesilapan – Elbert Hubbard berkata “Kesilapan terbesar yang boleh anda lakukan adalah takut melakukan kesilapan”.

Sumber : Google

  1. Kesungguhan – Bill Gates bekerja selama 14 jam setiap hari sejak Microsoft dibangunkan pada tahun 1975 dan semasa membangunkan sistem operasi Windows beliau hanya tidur lapan jam dalam seminggu.
  1. Tidak mudah kecewa – Edison berkata “Kebanyakan orang yang gagal tidak sedar berapa hampirnya mereka menemui kejayaan pada saat mereka berputus asa”.

 

  1. Fokus – “Berada di situ dalam masa yang sama tak suka dan tak mahu berada di situ dan terus kekal di situ, adalah perkara tidak siuman yang sering kita lakukan”. Perlu pastikan fikiran dan badan kita berada tempat yang sama untuk kekal fokus.  Berdasarkan kejayaan syarikat-syarikat besar seperti Apple yang menumpukan kepada Macintosh, Microsoft menumpukan kepada sistem pengoperasian, Oracles fokus kepada perisian pangkalan data, Google dan Yahoo fokus kepada enjin pencariannya.

 

  1. Bersemangat – Menurut Dale Carnegie “Semangat adalah perasaan yang datang dari hati”. Manakala menurut Andre’s Navarro pula “Sekiranya pemimpin tidak bersemangat, mustahil dapat mengalirkan semangat itu kepada pengikutnya”.

Sumber : Google

  1. Bersyukur – Perkataan syukur telah disebutkan 66 kali di dalam Al-Quran. Kisah-kisah Firaun dan Qarun antara kisah manusia yang kufur serta tidak mensyukuri nikmat Tuhan.

 

 

 

 

Kesemua karakter di atas perlu ada dalam setiap diri pemimpin.  Pemimpin perlu menjadi lebih baik daripada yang terbaik kerana pemimpin menggalas amanah serta bakal disoal oleh Allah di akhirat kelak.  Bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang hebat, tetapi ianya tidak mustahil jika kita cuba mengamalkan karakter-karakter di atas serta kita takutkan Allah.

Be the first to comment on "24 KARAKTOR UNTUK JADI PEMIMPIN HEBAT"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares