Padang Bola Sintetik di Bandar Baru Bangi

Hari ini komuniti Bandar Baru Bangi boleh berbangga dengan Padang Bola Sintetik yang baru di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi (berdekatan Pangsapuri Jubli Perak dan Seri Ayu). Padang ini telah boleh mula ditempah hari ini (14 Ogos 2020) dengan kadar harga yang telah ditetapkan (rujuk risalah harga).

Semalam (13 Ogos 2020), padang ini telah mula digunakan dengan perlawanan Pra Pembukaan yang melibatkan pasukan UKM FC, MPKj FC, SPRM FC, PTDHL FC dan Sam FC. Pembukaan padang Sintetik ini menunjukkan keseriusan komuniti Bandar Baru Bangi untuk membangunkan kualiti sukan bola sepak di kalangan komunitinya.

Diharap dengan adanya padang yang berkualiti seperti ini akan melahirkan pemain dan pasukan bola sepak bertaraf antarabangsa dari kalangan komuniti Bandar Baru Bangi.

Bagi mereka yang berminat untuk menempah padang ini boleh merujuk FB Arena Jubli Perak atau pihak pengurusan boleh dihubungi di talian 014-774 8619.

Majulah Sukan Untuk Bandar Baru Bangi!

Be the first to comment on "Padang Bola Sintetik di Bandar Baru Bangi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares