Kota Buku Bangi di Bandar Ilmu

Mungkin ramai dari komuniti Bandar Baru Bangi tidak menyedari bahawa terdapat Kota Buku Bangi di Bazar Karat, Bangi Gateway Street Mall (berhampiran Restoran De’ Salai Bangi Station, Restoran Jaheat Fine Meat Bangi, Starbucks Bangi).  Sinonim dengan gelaran “Bandar Ilmu” yang dilancarkan gelaran ini pada 22 Jun 2008 oleh Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.  Hasrat gelaran “Bandar Ilmu” ini adalah agar Bandar Baru Bangi terus melahirkan generasi “Iqra” atau generasi membaca.

Suasana di Kota Buku Bangi

Kota Buku Bangi ini sebenarnya telah mula dianjurkan sekitar tahun 2017 yang mengumpulkan penjual buku-buku terpakai serta memberi peluang kepada rumah penerbitan baru dan kecil untuk meluaskan pemasarannya di samping menjadikan acara ini sebagai lubuk ilmu.  Antara mereka yang terlibat memasarkan buku-buku terpakai di sini adalah saudara Ku Seman Ku Hussain (bekas Pengarang akhbar Mingguan Malaysia) serta penulis-penulis buku terkenal yang lain.  Pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan minggu keempat setiap bulan, penganjuran Pasar Buku Bangi diadakan berkonsepkan pasar dan penganjuran acara-acara seperti forum, deklamasi sajak, pelancaran buku baru dan sebagainya.

Admin bergambar kenangan bersama Ku Seman Ku Hussain

Apa yang menarik perhatian admin, di Kota Buku Bangi ini kita boleh mendapatkan buku-buku “rare” yang sukar didapati di pasaran seperti buku-buku terbitan lama, buku-buku sastera, komik, bahan bacaan untuk pelbagai lapisan umur dan kita dapat beramah mesra dengan mereka yang berpengalaman dalam dunia penulisan.  Kadar harga buku-buku di sini juga amat berpatutan bermula dari serendah RM4 dan yang lebih menarik di sini terdapat Zon Buku Percuma.

Bandar Ilmu adalah gelaran untuk Bandar Baru Bangi, di mana cetusan idea penubuhan Bandar Satelit kedua ini adalah datang dari Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia kedua seiring dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Institut Pendidikan Tinggi yang pertama ditubuhkan atas dasar semangat kebangsaan.

Buku-buku “rare” yang terdapat di Kota Buku Bangi

Harapan admin agar penganjuran Kota Buku Bangi ini adalah menjadi sebahagian mercu tanda Bandar Baru Bangi sebagai Bandar Ilmu.  Marilah kita sebagai komuniti Bandar Baru Bangi memeriahkan Kota Buku Bangi dan memanjangkan tentang penganjurannya kepada rakan-rakan di luar Bandar Baru Bangi.

 

Bagi mereka yang berminat untuk mengadakan jualan buku-buku terpakai, anda boleh melayari FB Kota Buku Bangi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Lokasi Kota Buku Bangi : Bazar Karat, Bangi Gateway Street Mall

 

Waktu Operasi Kota Buku Bangi :

 

  • Selasa – Ahad (Isnin Tutup)
  • 11:00 pagi – 9:00 malam

 

Waktu Operasi Pasar Buku Bangi :

 

Setiap hari Sabtu Minggu Kedua & Keempat

10:00 pagi – 4.30 petang

Be the first to comment on "Kota Buku Bangi di Bandar Ilmu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares