Motivasi & Pemimpin

Pemimpin perlu bijak memotivasikan anak-anak buahnya bagi memastikan organisasi tersebut sentiasa utuh & bersemangat untuk terus bergerak lancar menuju visi.

Motivasi dalam bentuk positif & negatif perlu diselang-selikan bagi membentuk suasana seimbang dalam kepimpinan di mana anak-anak buah diperlihatkan dari sudut pro serta kontra, akibat serta ganjaran dan kesenangan serta kemudahan.  Pemimpin yang sentiasa atau kerapkali memberikan motivasi berunsur positif kadangkala membosankan anak-anak buah yang datang dari pelbagai latarbelakang.  Manakala jika diulang dan diratib motivasi berunsur negatif akan melemahkan anak-anak buah.

Gambar sumber Google

Kejadian alam ini juga diimbangi positif dan negatif.  Panas dan sejuk juga perlu seimbang.  Malah Rasulullah juga menganjurkan sikap “Wasatiah” iaitu kesederhanaan.  Ciptaan Allah di dunia ini dihadirkan keseimbangan yang cukup sempurna pada setiap kejadian.

Sebiji gelas kaca jika terlalu panas atau sejuk juga boleh berderai begitu juga manusia jika kita sogokkan aura negatif yang berpanjangan, maka kesabarannya, mentalnya, fizikalnya, emosinya boleh robek serta berderai yang mana akibatnya jarang ke arah positif.

Di musim wabak ini kita terus bermuhasabah sehingga memunasabahkan setiap yang berlaku di keliling kita kerana akibat dan kesan yang telah terjadi (termasuk wabak) adalah dari perbuatan kita sendiri.  Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum ayat 41 yang maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Kesimpulannya kekuatan, kehebatan, kelemahan atau kegagalan organisasi di bawah pimpinan kita juga adalah tanggungjawab kita.  Kerana berjaya atau rosaknya organisasi itu disebabkan kepimpinan kita.  Pemimpin harus mampu mengawal organisasinya.

Be the first to comment on "Motivasi & Pemimpin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares