Pelajar Nakal : Hukum atau Didik?

Hari ini saya tertarik dengan satu posting di FB Page Berita Online berkaitan seorang guru di”pedajal” oleh pelajarnya iaitu seorang pelajar lelaki telah membuang air kecil di dalam botol hand sanitizer dan guru tersebut telah menggunakan hand sanitezer yang telah bertukar isi kandungannya.  Dari status Twitter guru tersebut menyatakan “Sumpah tak tahulah nak guna kaedah apa lagi untuk didik anak bangsa generasi muda ni”.  Ungkapan status ini jelas menandakan guru tersebut mungkin telah melakukan pelbagai kaedah untuk mendidik pelajar-pelajarnya.

Sumber : Page FB Berita Online

Mungkin benar perangai pelajar-pelajar zaman ini mungkin tidak sama dengan pada zaman kita dahulu kerana pendedahan terlalu banyak di zaman berteknologi tinggi ini.  Terdapat pelbagai komen dari netizen yang menyatakan kaedah “rotan” atau hukuman secara fizikal ini suatu ketika dahulu amat berkesan kepada kita dalam mendidik kita menjadi insan berjaya.  Tetapi jika kita renung semula bukankah kita adalah generasi yang telah menjadi ibubapa kepada pelajar-pelajar zaman ini?  Adakah didikan kita di rumah tidak lagi menggunakan Physical Punishment atau kita di rumah cuba menggunakan kaedah Psikologi?  Mungkin kita sebagai ibubapa di rumah tidak cukup masa dan tersalah kaedah dalam menggunakan Psikologi maka kita kononnya merelakan anak-anak kita dirotan semasa di sekolah?  Setelah dirotan atau dihukum di sekolah maka guru-guru akan menjadi “Punching Beg” buat ibubapa untuk mengatakan bahawa guru tidak pandai mendidik.

Saya ingin berkongsi pengalaman tentang satu kaedah yang telah digunakan oleh guru kaunseling saya dengan sokongan kuat guru disiplin ketika itu, di mana kaedah mereka telah memberi kesan yang mendalam dalam pembentukan akhlak kami sehingga kini.  Kami dididik dengan penuh kasih sayang dan kadang-kala apabila kami melakukan kesalahan kami tidak terus dihukum.  Sebaliknya kami dirapati dan didampingi untuk mengetahui apakah punca kepada kelakuan tidak baik yang telah kami lakukan.  Perkataan kasih sayang yang selalu diungkap oleh Ustaz Ebit Lew kini adalah satu kaedah keramat yang telah lama dipraktikkan oleh guru-guru kami ketika itu sehinggakan kami dididik untuk bertanggungjawab di atas kesalahan atau tindakan kami ketika itu.  Ada yang sehingga menawarkan diri untuk dibuang asrama akibat kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut tanpa disuruh atau dihukum oleh pihak sekolah.  Bilik kaunseling di sekolah kami bukan lagi dipandang sebagai “Bilik pelajar bermasalah” tetapi sebagai “Bilik penuh kasih sayang”.  Siapa tidak kenal dengan sekolah vokasional yang terkenal dengan buli, mental torture, pelajar bermasalah dan pelbagai trademark negatif?

Sumber gambar : FB Aziz Yatim

Kaedah kasih sayang ini telah pun dimodulkan dengan kajian yang lebih mendalam di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan diberi nama “Prodigy“.  Penghasilan “kitab” Prodigy ini diketuai oleh Encik Aziz Yatim iaitu bekas guru saya sendiri bersama beberapa orang pensyarah lain iaitu Prof Madya Dr Ahmad Jazimin Jusoh, Dr Md Noor Saper dan Taquddin Abd Mukti.  Ianya dikitabkan dan melalui beberapa lagi tahap penyelidikan untuk memudahkan perkongsian ilmu bersama para pendidik di Malaysia.  Malangnya negara jiran kita iaitu Indonesia lebih menghargai “ilmu” ini dan mula mendapat tempat di Bandung dan disambut baik oleh Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Bandung (Rujuk Berita Harian Online).  Beberapa sekolah di Indonesia telah mula mengadaptasikan kaedah ini serta telah menunjukkan hasilnya.  Terdapat beberapa sekolah di Malaysia juga telah mendapatkan khidmat nasihat pakar Prodigy ini dengan inisiatif guru-guru yang tidak berputus asa terhadap pelajar-pelajarnya.

Ulasan admin adalah dari pengalaman yang dilalui oleh admin sendiri dan bukan untuk mempromosikan sebuah produk untuk tujuan keuntungan dari sudut wang.  Tetapi apa yang dicoret dalam ruangan ini adalah sebuah perjuangan mempromosikan keuntungan dari sudut akhlak generasi muda kita.  Ini bukan ilmu untuk guru sekolah sahaja, malah ibubapa pun perlukan ilmu ini untuk membentuk akhlak anak-anak!

Be the first to comment on "Pelajar Nakal : Hukum atau Didik?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares