Pekerja & Sangka Baik

Pekerja adalah antara aset utama sebuah organisasi.  Keperluan pekerja adalah pendapatan atau upah dari majikan, manakala keperluan majikan adalah agihan tugas serta kepakaran untuk melaksanakan tugas dengan lebih teratur bagi mencapai visi organisasi.  Kedua-dua pihak saling memerlukan walaupun ada sesetengah majikan beranggapan bahawa pekerja yang hadir memohon pekerjaan. Kedua-dua pihak dilindungi oleh akta atau undang-undang yang disediakan oleh pemerintah sesebuah negara.  Pekerja adalah satu pihak yang perlu bersetuju dengan terma serta syarat yang ditentukan oleh majikan bagi tujuan upah yang yang dipersetujui bersama.  Surat setuju terima yang disertakan bersama surat lantikan adalah akad oleh pekerja utk menggalas amanah yang diberikan oleh majikan manakala akad majikan adalah lebih berat kerana amanahnya dengan Tuhan.  Akad bertulis ini perlu difahami malah diamalikan oleh pekerja selagi dia bekerja dengan majikannya.

Apa sahaja yang diatur oleh majikan untuk pekerjanya adalah untuk kepentingan bersama iaitu pekerja, majikan & syarikat.  Tetapi harus diingat bahawa majikan dan pekerja juga adalah manusia yang tidak pernah lari dari kesilapan.  Hubungan dan komunikasi yang baik serta professional di antara majikan dengan pekerja kebiasaannya akan menutup atau saling melengkapi jika terdapat kesilapan atau kekurangan.  Jika di dalam sebuah organisasi besar perlu ada seorang yg berpengetahuan dalam bidang Sumber Manusia untuk mengimbangi pihak majikan dan pekerja.  Ini kerana setiap ganjaran, kemudahan, tindakan serta apa sahaja yang terkait dengan sumber dari manusia ini perlu melalui proses tertentu yang menjaga kepentingan semua manusia di dalam organisasi itu ianya seperti latihan, penilaian, laporan, tindakan, faedah, kemudahan, tatatertib, komunikasi, memo, surat dan lain-lain lagi.  Ilmuan sumber manusia ini juga adalah pekerja, iaitu sumber manusia yang kebiasaanya amat arif apa-apa yang terkait dengan sumber dari manusia kerana beliau sendiri adalah manusia. Jadi ilmuan sumber manusia ini sebenarnya adalah pemegang amanah untuk mengimbangi pihak majikan dengan pekerja berlandaskan terma, syarat, SOP, akta, undang-undang, peraturan dan yang terpenting bijak menguruskan manusia kerana pekerja dan majikan adalah makhluk hidup yang beremosi serta bersifat hidup.

Coretan panjang lebar di atas adalah berkaitan “how to bring balance” dalam organisasi di mana pekerja dan majikan masing-masing mempunyai hak tersendiri.  Biasa kita dengar di organisasi di mana majikannya adalah pemilik syarikat ada bualan sinis pekerja seperti “Projek banyak… kita kerja teruk.. alih-alih selesai je projek bos tukar kereta baru…kita bonus tak dapat…komisen tak dapat…gaji tak naik…kerja separuh mati!”.  Merujuk kembali perenggan pertama “pekerja perlu memahami & mengamalikan surat lantikan dan setuju terima yang telah ditandatangani” di mana dlm akad itu majikan tidak pernah berjanji nilai bonus, nilai komisyen (jika bukan jawatan bahagian pemasaran) dan nilai kenaikan gaji.  Cuma yang tertera biasanya adalah pekerja yang layak akan berpeluang menerima kenaikan gaji, ganjaran bonus dan sebagainya.  Perkataan “pekerja yg layak” itu adalah berdasarkan penilaian majikan di mana cara kaedah penilaian itu tidak diperincikan di dalam akad tersebut.  Maknanya jika majikan itu masih menunaikan hak pekerja seperti bayaran gaji bulanan, bayaran kerja lebih masa, elaun syif, faedah makanan dan sebagainya makanya dia telah menunaikan hak anda sebagai pekerja dan anda tidak layak untuk mempersoalkan tentang kereta barunya.  Sangkaan baik kepada majikan dan terus melaksanakan amanah yang diberikan berdasarkan “akad” perlu diteruskan oleh pekerja kerana majikan juga mempunyai hak terhadap pekerja.

Rumusannya pekerja dan majikan yang menunaikan amanah serta yakin Allah adalah pemberi mutlak rezeki kita, maka rezeki itu tentu ada.  Perlu kita yakini dan takut lah kepada azab Allah jika kita tidak melaksanakan amanah.  Jika kita perlu lebih maka usaha dan pergantungan terhadap Allah itu juga perlu melebihi kebiasaan.  Bersangka baik bahawa majikan kita manusia yang diamanahkan untuk mengagihkan rezeki yg dikurniakan oleh Allah.  Majikan adalah platform rezeki, mintalah pada Allah bukan pada majikan. Yakin lah.

Be the first to comment on "Pekerja & Sangka Baik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares