Langkah Pertama

Ketuk jemari pertama di atas papan kekunci untuk status sulong “page” ini adalah untuk regangan otak sekaligus minda berputar di dalam tengkorak berkulit mulus tanpa rambut ini.

Ruangan ini adalah untuk coretan lintasan minda ku berkisar ilmu, pengalaman, pengetahuan dan perkongsian maklumat yang mungkin berguna. Samada buat panduan atau tauladan, itu terpulang.

Ini langkah dengkot ku yang pertama untuk bidang penulisan dalam platform berteknologi ini. Moga ada manfaat buat aku serta bakal pembaca kerana ini mungkin jadi khazanah buat bekal di “sana” nanti.

Terima kasih kepada sepupu ku yang menjadi pencetus gerak minda ini. Doa ku titip agar sepupuku mendapat keberkatan dari perkongsian ilmu dan letusan minda di kala hati aku dirundung resah.

Dengan lafaz “بسم الله الرحمن الرحيم ” maka rasmilah “page” ini sebagai “Gedung Minda Botak”.

Be the first to comment on "Langkah Pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares